> Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat
> mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.
> Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.
> "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.
> "Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita
> ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang
> Pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu
> tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya,
> jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.
> Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku
> menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari,
> dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.
> Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.
> Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu
> satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.
> Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku
> tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut
> kepada
> bapanya dengan bangganya.
> Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau
> telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang
> di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi
> seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika
> marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.
> Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah,
> tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu,
> namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka
> fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari.
> Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu
> ke arah kejayaan.
> Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan
> sentiasa membuka hatinya kepada
> kita.
>
>
> "Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda."
No comments:
Post a Comment